top of page
Search

CARA MERIAHKAN MASJID DENGAN JEMAAH

Writer's picture: Farisah InsyirahFarisah Insyirah



Pada hari ini, hampir seluruh masjid di dunia menghadap satu masalah yang sama iaitu kekurangan jemaah. Hal ini, dapat memberi impak yang negatif terhadap masjid dan masyarakat atau penduduk persekitaran masjid itu. Jika dibiarkan sahaja, tidak mustahil kelak jemaah masjid hanya terdiri daripada imamn dan bilal sahaja lebih-lebih lagi generasi muda sekarang yang tidak lagi seperti generasi muda beberapa dekad yang lalu kerana mereka kini lebih terdedah dengan maklumat dan pengaruh luar. Oleh itu, terdapat beberapa langkah atau cara untuk menarik jemaah datang ke masjid. Antaranya: 1. Melakukan Aktiviti Gotong-royong Pihak masjid boleh menganjurkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid atau mengadakan masak kenduri secara rewang di masjid pada hari-hari tertentu atau sempena ceramah dan sebagainya. Ada juga di antara ahli kariah yang suka dengan aktiviti kenduri seperti majlis buka puasa, korban dan seumpamanya. Ahli kariah akan mula datang ke masjid dan hampir 2. Aktiviti Sukan Majoriti anak muda sekarang terutamanya kepada remaja lelaki yang sangat gemar aktiviti sukan. Oleh itu, pihak masjid boleh mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan aktiviti sukan yang melibatkan remaja lelaki. Contoh aktiviti sukan yang boleh dianjurkan adalah ping pong, badminton, sepak takraw dan sebagainya. Sukaneka atau sukan rakyat juga adalah jenis sukan yang boleh dianjurkan oleh pihak masjid. Hal ini, dapat menarik minat remaja untuk datang ke masjid bukan sahaja golongan remaja tetapi golongan dewasa juga. Sebelum menjalankan aktiviti sukan, pihak masjid boleh memberi sedikit tazkirah pada waktu yang sesuai dan menekankan tajuk seperti kepentingan beribadah, menjaga aurat atau pakaian yang sesuai ketika beribadah, bekerjasama, dalam pasukandan menekankan kepentingan atau peranan generasi muda memakmurkan masjid. 3. Majlis Ilmu Selain itu, pihak masjid juga boleh menganjurkan aktiviti seperti seminar, forum atau bengkel. Pihak masjid juga perlu memperbanyakkan majlis ilmu dan menjemput penceramah terkenal, dengan cara ini dapat menarik jemaah datang ke masjid dan mendengar ceramah di masjid. Semakin banyak kuliah yang dijalankan di masjid, semakin bertambah jemaah yang hadir dan dapat menyumbang untuk menjemput penceramah yang terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus. Oleh itu, dengan adanya aktiviti sebegini saya yakin dapat menarik minat semua golongan termasuk yang tua atau muda. Bukan sahaja datang untuk mendengar ceramah tetapi sekali mendirikan solat jemaah di masjid. 4. Mengajak anak kecil Sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak pergi ke masjid dari kecil bak kata pepatah "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya". Hal ini, dapat membuahkan perasaan gembira setiap kali pergi ke masjid. Namun, golongan dewasa pada hari ini tidak membenarkan anak kecil kerana mereka sering melakukan kekacauan seperti menangis dan berlari di dalam masjid. Kita sebagai orang dewasa perlulah menegur dengan cara baik dan mendidik mereka untuk beradab di dalam masjid.



1,082 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


Post: Blog2 Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2022 by Pengajian Islam. Proudly created with Wix.com

bottom of page